Monday, August 15, 2011

SAYE TAU SAYE TAK CHANTEK...

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim..

title entry ini memang kena dengan aku SANGAT kan!*xde isu bangge diri ye

orang ni kalo nak cantek macam2 boleh buat kan..macam2 dipakainye..nak nampak chantek la katenye..cantek ke??

CHANTEK ni macam2 tafsiran die,kalo kat belah iran nun..mereka2 ni suke dengan pompuan yang tembom2,chubby2 katenye..
blah barat plak nak yang macam ikan masin a.k.a ikan kering tu..
tapi kalo kt tempat kite ni nak yang macam mane plak??ntah...
so..cantik tu memang sangat subjektif *ayat klise plakkk
setengah orang nampak si A tu cun,tp x semua rase camtu..
setengah orang rase si W tu kuit miut cam dorayaki,tp x semua rase camtu..


cantek macam mawar, ade bau,ade duri..so,beware!
Saya tahu saya tidak cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..
Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.
Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.
Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.
Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.*err belum masenye nak tulis bende ni kot..huhu
Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar... Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak.. ^_^
~kopi pasta cket....~

kecantikkan ni terbahagi kepada dua,zahir n batin..
tapi macam besa la kan..orang akan kate..kalo dah cantik dalam,luar tu akan nampak cantik gak..

ye,Allah Maha Adil dalam penciptaan Nye..kadang2 orang rase die x cantik,x cun,x ensem, x kiut bla blabla *cam kate kat dri sendiri je kan
sebenarnye..kite sume ni adalah makhluk ciptaan Allah yang paling sempurna dan cantik di muke bumi ni..Allah jugak dah tentukan sesuatu sifat dalam diri kita adalah yang terbaek. tapi  hanye mate kite diselaputi dengan nafsu yang tidak tengok n lihat kebaikan yang ade pada sesuatu kejadian..
 
nabi SAW juge menasihatkan kite supaye tengok orang yang kurang bernaseb baek dari kite..tapi jangan tegok orang yang lebih bertuah sebab akan membuatkan kita kurang bersyukur..tapi tu la masalah kite..suke sangat kejar sempurna dalam kehidupan.NODODY PERFECT LA BRO......

Sekarang ini nak pergi mana pun, satu yang sentiasa perlu tanamkan dalam kepala adalah "bersederhana dalam berfesyen". Cukup dengan hanya menempel "wudhu'" di wajah, bertudung dan tidak memakai pakaian ketat yang menonjolkan bentuk badan.
i want to be wanita solehah,insyaAllah... :)
Untuk itu, mari kita belajarlah untuk berkata Alhamdulillah dengan apa yang ada pada diri kita. Sedarlah, kecantikan bukan terletak pada secantik mana fizikal kita dilihat oleh mata orang lain, atau 'setrendy' mana pakaian yang telah membaluti tubuh masing-masing. Tetapi secantik mana kita di mata Allah.
"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa dan postur tubuh kalian. Akan tetapi, Allah melihat pada hati kalian." (HR. Muslim).


thats all from me..hamba Allah yg hina lg serba kekurangan :)

nak close conteng2 aku kali ni dgn cket kate2:

cantiknye wanita kerana kejernihan wajah..
manisnya wanita kerana senyumannye yang indah..
ayunya wanita kerana bersederhana lahiriah..
hebatnye wanita kerana iman dah ketaqwaan yang teguh..
hiasi dirimu dengan akhlak terpuji,nilai diri seorang muslimah sejati..


No comments:

Post a Comment